Wednesday 29 June 2011

Pelajar Banyak Menghabiskan Masa Dengan Penggunaan "Facebook"

Laman Web Sosial Facebook sangat popular dikalangan rakyat Malaysia, tindal ketinggalan pula pelajar sekolah.


Pelajar sekolah banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, dengan berjam-jam menggunakan facebook,
Ibubapa juga mula risau dengan tabiat anak-anak mereka yang sanggup mengabaikan pelajaran dan kerja rumah.


Keputusan peperiksaan juga semakin merosot disebabkan oleh masalah ini semakin serius di kalangan pelajar sekolah.

Tuesday 28 June 2011

Pelajar Menggunakan Bahasa Singkatan DalamTesis dan Peperiksaan

 Penggunaan bahasa singkatan SMS  yang semakin serius mempengaruhi pelajar sekolah turut melanda pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga ada yang menggunakannya dalam penulisan tesis dan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

Malah ada pensyarah yang berasa tidak dihormati dan menganggap pelajar bersikap biadap kerana menghantar SMS yang singkat dan tidak formal.

Sudah menjadi perkara biasa menggunakan bahasa singkatan SMS untuk menulis dan mencatat nota dalam masa yang singkat dan mudah.Tetapi keburukannya banyak mempengaruhi pelajar-pelajar menggunakan dalam kerja sekolah atau peperiksaan dengan secara tidak sengaja.

Keindahan bahasa juga tercemar, tatabahasa dan struktur kata juga tunggang langgang.

Monday 27 June 2011

Kenaikkan Tarif Astro

Setelah menerima kejutan dengan kenaikan tarif elektrik, kini kita dikejutkan pula dengan kenaikan tarif Astro. Astro telah menjadi satu kemestian di setiap rumah, jarang kita lihat rumah yang tiada Astro.

Kenaikan Astro akan membebankan semua pihak.

Harap kenaikan ini dipertimbangkan semula.

I'm a new blogger

Hi, today i created blog of my self when attending Blog and Content course.

Glad to become bloggers.

Let share many topic and isues together :)